Friday, April 4, 2008

Fitnah terhadap Takiyuddin

Dari laporan NST 21 Februari 2008 bertajuk Dissatisfaction delays naming of candidates -

Kelantan state executive councillor Takiyuddin Hassan, who is a three-term assemblyman for Bunut Payung, is said to not favour a move to contest the Kota Baru parliamentary seat, which the party leadership had been planning.

Party members, believed to be Takiyuddin’s supporters, had put up a banner protesting the selection of a non-local in Bunut Payung. It was taken down in less than 30 minutes.

Because of the groundswell, party insiders said there was a good chance Takiyuddin would seek re-election in Bunut Payong for the fourth time.

Penjelasan penting: Untuk membersihkan namanya yang dicemar, laporan terbaru menyatakan Datuk Takiyuddin sudah bersedia untuk bersumpah di hadapan umum termasuk Tuan Guru Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Muhammadi dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa beliau atau saudara dan sahabatnya, Razak Abas tidak mengupah sesiapa pun memasang banner yang marah beliau tidak dipilih bertanding di bertanding di Bunut Payung itu.

Takiyuddin juga sudah bersedia untuk bersumpah di hadapan umum termasuk Tuan Guru Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Muhammadi dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa banner itu memang dipasang oleh penyokong-penyokong yang ikhlas yang mahu beliau bertanding di Bunut Payung dan tidak ada seorang pun dari mereka yang mendapat upah untuk tujuan itu walau satu sen sekalipun.

Takiyuddin adalah antara tokoh yang sering dilanda fitnah yang tidak berasas. Pada mulanya, beliau tidak pedulikan fitnah-fitnah itu kerana beliau tahu beliau tidak bersalah. Tetapi oleh kerana terlalu melampau fitnah terhadap diriya, beliau tidak takut sedikitpun untuk bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk membersihkan dirinya.

Antara fitnah terbesar ialah memberikan pelbagai kontrak kepada syarikat mertuanya, Great Wall. Mengenai fitnah itu, Takiyuddin juga sudah bersedia untuk bersumpah di hadapan umum termasuk Tuan Guru Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Muhammadi dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa beliau tidak pernah memberi sebarang peluang perniagaan kepada Great Wall yang dimiliki mertuanya.

Beliau juga sudah bersedia untuk bersumpah di hadapan umum termasuk Tuan Guru Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Muhammadi dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi bahawa kesemua dakwaan, sama ada mengenai beliau atau sahabatnya Razak Abas, yang tertulis dalam artikel bertajuk "Jangan Menyesal Di Kemudian Hari" di bawah yang pernah disiarkan oleh Laman Marhaen adalah tidak betul sama sekali. Artikel tersebut seperti berikut:

Hari ini bermulalah Muktamar Pas ke-53 di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan. Walaupun muktamar tersebut adalah rutin biasa yang harus dilalui Pas seperti mana kehendak perlembagaanya, namun ia tetap penting. Lebih-lebih lagi kepada Pas Kelantan muktamar itu membawa pengertian tersendiri!

Kepentingan itu bukan saja kerana ia berlangsung di Kelantan, - itu hanya nostalgia saja, tetapi ada perkara lain yang lebih penting. Muktamar itu memberi signifiken tersendiri bagi Pas Kelantan. Secara tidak langsung muktamar itu akan menjadi benchmark kepada keupayaan Pas Kelantan bagi mengekalkan kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum akan datang.

Muktamar itu akan memberi petunjuk sejauh manakah para perwakilan Kelantan bersatu dan seiya sekata dalam menghadapi musuh tradisi mereka, Umno. Ini akan menjelma di dalam pemilihan tokoh-tokoh Pas Kelantan yang bertanding untuk menduduki beberapa jawatan penting pada muktamar berkenaan.

Apakah tokoh-tokoh dari Kelantan khas pelapis dan golongan muda akan mendapat sokongan padu daripada perwakilan dari Kelantan sendiri? Inilah bakal menjadi tanda tanya dan kesemua perwakilan dari Kelantan kena memahaminya kenapa mereka harus duduk satu saf bagi menyokong tokoh-tokoh senegeri dengan mereka.

Antara tokoh muda dari Kelantan bertanding untuk menduduki beberapa jawatan penting ialah Husam Musa. Beliau bertanding jawatan Naib Presiden bagi mengekalkan jawatan yang dimenangi pada muktamar dua tahun lepas.

Selain Husam, Mohd Amar Nik Arshad dan Takiyuddin Hassan. Mereka berdua masing-masing bertanding bagi menduduki jawatan ahli jawatankuasa agung Pas. Mereka bertiga ini suka tidak suka adalah tokoh muda yang diharapkan mengganti Nik Aziz sebagai MB. Lebih-lebih lagi Husam yang sudah digilap dan diterima umum berjaya menunjukkan kemampuannya bakal pengganti perlu diberikan tumpuan serius.

Kemenangan mereka kelak akan dijadikan gambaran mengenai perpaduan Pas di Kelantan keseluruhannya. Dan perpaduan itu pula sangat penting untuk ditonjolkan bagi menyakinkan rakyat serta membimbangkan Umno dalam berhadapan dengan Pas. Undi yang bakal diraih mereka akan dihitung sejauh manakah sokongan mereka di kalangan perwakilan Kelantan sendiri.

Di dalam pertanding dua tahun lalu untuk jawatan Naib Presiden, Husam Musa mendapat tempat paling tinggi diikuti oleh Muhammad Sabu dan Hassan Ali. Walaupun begitu Husam tidak mendapat undi solid daripada Kelantan. Unsur jahat telah wujud dalam pemilihan lalu yang dilakukan oleh pihak tertentu di Kelantan.

Apakah keadaan ini akan terjadi sekali lagi?

Sesuatu yang agak malang dan menyesalkan kini sudah mula kedengaran berbagai dakyah buruk mengenai anggota Exco berkenaan. Ada pihak tertentu yang menjelma menjadi tukang kempen tidak bertauliah menyebarkan mesej agar jangan memberi undi kepada Husam. Berbagai tektik dan teknik telah digunakan, kononya kedudukan Husam sudah pun selesa. Golongan ini berbuat demikian kerana mahu “mengajar” Husam daripada mendapat undi terbanyak pada pemilihan esok!

Tentu kebanyakan perwakilan tidak mengetahui apakah maksud dan agenda orang-orang berselimut ini? Mereka juga tidak tahu apakah masalah Pas Kelantan. Tentu juga mereka tidak diketahui apakah latar belakang dan sejarah politik golong ini yang boleh disifatkan sebagai desperado?

Biarlahlah di sini disebut secara terus terang siapakah yang mempunyai perangai dan niat jahat itu serta latar belakang dan sejarah jenayah politik mereka. Orang yang bersikap mulut manis jubur masam dan rancak berkempen memburukkan Husam antaranya ialah tidak bukan dan tidak lain, penyelak kain antarabangsa bernama Razak Abbas.

Razak yang dikenali manusia yang berdendam dengan Husam (kerana Husam tidak bersedia menjadi pandir kepadanya untuk meluluskan 12 kawasan balak yang dipohon Razak) kini sedang giat memutarkan lidah menemui perwakilan berkempen untuk mengajar Husam. Lebih malang usaha dan kerja jahat Razak itu didokong oleh sebuah kawasan Pas di Kelantan sendiri.

Mungkin orang Kelantan sudah mengetahi peranan dan juga agenda Razak Abbas ini. Tetapi perwakilan luar tidak banyak yang mengenalinya. Orang luar mengenali Razak sebagai berani dan gedebe tetapi tidak tahu puter belit dan agendanya yang sebenar serta sejarahnya menyeksa banyak ahli Pas tidak berdosa pada tahun-tahun 70-an.

Sebenarnya Razak Abbas telah mengaturkan strategi licik untuk menjatuhkan Pas Kelantan. Beliau telah menggunakan Takiyuddin Hassan sebagai alat dan jambatannya untuk menyusup ke dalam Pas Kelantan. Sebelum beliau pergunakan Takiyuddin, Razak terlebih dahulu mengikat tangan Takiyuddin Hasaan dengan pelbagai skandal yang direkacipta oleh Razak.

Salah satu jerat dan perangkap ialah mengenai komisyen duit balak yang diuruskan oleh Razak untuk Takiyuddin. Kejadian ini berlaku ketika Takiyuddin memegang Pengerusi Kewangan dan juga ahli jawatankuasa Perhutanan Negeri. Sejumlah wang yang melibatkan jutaan ringgit telah dimasukkan ke dalam akaun Takiyuddin sebagai komisyen.

Tidak cukup dengan skandal kewangan yang memalukan itu, Razak telah menjert pula Takiyuddin dengan menjadikan Takiyuddin sebagai “sekupunya” apabila Takiyuddin berkahwin dengan anak saudara Razak, anak kepada adik Razak bernama Kamaruddin Abdullah sebagai isteri nombor tiga.

Perkahwinan Takiyuddin dengan anak Abdullah ini adalah perkahwinan politik yang dirancang tanpa disedari Takiyuddin untuk kepentingan Razak Abbas dan demi menjayakan misinya menjatuhkan Husam dan juga Pas Kelantan.

Siapakah Kamaruddin Abdullah ini? Beliau ialah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Kota Bharu, dan orang yang paling rapat dengan Annuar Musa. Semasa pilihan raya Pengkalan Chepa tahun 2004 dulu beliaulah orang yang menendang bangsal panas Pas di Pengkan Pasir.

Segala maklumat Pas yang diberikan oleh orang dalaman Pas kepada Razak akan disalurkan kepada Umno menerusi Kamaruddin Abdullah.

Sehari dua ini Razak dikatakan bergerak lincah dan lancar menemui perwakilan. Mungkin perwakilan keliru dengan peranan dan kedudukan Razak kerana beliau bergerak berlatarkan Pas Kelantan. Sebenarnya kedudukan dan fungsinya dalam Pas Kelantan tidak ada apa-apa melainkan beliau dapat merayap ke pejabat Pas atau ke bilik pejabat Nik Aziz dengan lesen diberikan Takiyuddin.

Takyuddin telah melantik Razak sebagai salah seorang jawatankuasa Penerangan Pas Kelantan.

Senario ini hendaknya difahami oleh para perwakilan khasnya dari Kelantan sendiri. Perwakilan Kelantan jangan mudah terkeliru dan kelabu mata serta terpesona dengan tangisan dan airmata buaya bekas pemuda tahan lasak Umno itu. Mungkin ada setengah perwakilan dari Kelantan ada masalah dengan Husam, tetapi mereka harus membelakangkan soal titik bengik itu.

Kesimpulannya perkara yang perlu ditekankan ialah, semua calon dari Kelantan harus disokong sepenuhnya dan diberikan kemenangan besar, khususnya kepada Husam yang megekalkan kedudukannya selaku Naib Presiden Pas. Kemenangan besar Husam di Kelantan menjelaskan kedudukan Pas padu, kuat, teguh dan tidak ada apa-apa masalah.

Kemenangan itu juga menyebabkan Umno akan kematian akal untuk melagakan Pas sesama Pas dan ketiadaan modal bagi mengugatkan Pas Kelantan.

Sebaliknya kalau undi calon dari Kelantan khususnya Husam terjejas, ia akan memberi petunjuk Pas Kelantan berpecah. Fenomena itu sudah tentu akan diambil kesempatan oleh Umno untuk terus menyebarkan dakyah bagi melaga dan melemahkan Pas Kelantan. Natijah buruk daripada itu, rakyat Kelantan akan diberi tahu oleh Umno bahawa Pas Kelantan berpecah dan bercakaran sesama sendiri.

Kesan ini memberi implikasi kepada rakyat dan Pas Kelantan.

Jadi janganlah ada perwakilan yang bingung dan tersihir dengan putar belit orang tertentu seperti Razak Abbas yang memang telah menjadi masalah kepada Pas Kelantan dan juga kerajaan Kelantan hari ini. Ketahuilah orang-orang yang bersikap mulut manis dan jubur masam ini adalah agen Umno yang dirancangkan sedemikian rupa.

Hendaknya jangan disebabkan hasutan, batu api, akhirnya kesemua orang Pas akan menyesal dan menangis di kemudian hari!

Sazmi bohong lagi, kali ini di Dewan Rakyat

Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Paduka Sazmi Miah berbohong lagi dalam isu pembalakan tanah tinggi Lojing tetapi kali ini di Dewan Rakyat pula.

Menurut Ahli Parlimen Tumpat, Dato Kamarudin Jaffar, Sazmi sendiri sebenarnya gagal dalam menjalankan tugasnya dalam menjaga isu-isu alam sekitar dengan membiarkan banyak kawasan terus digondolkan untuk tujuan pembalakan.

Sazmi dikatakan hanya menimbulkan isu Lojing di Kelantan untuk memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan, sedangkan dakwaan yang dibuat itu hanyalah permainan politiknya menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Kamarudin dalam Harakahdaily.net.

Kenyataan Sazmi di Dewan Rakyat hari ini mengenai dakwaan kerajaan Kelantan memberi hak kepada pelbagai syarikat dalam dan luar untuk membalak di 25,000 hektar Tanah Tinggi Lojing.

Setiausaha Parlimen itu mendakwa melihat kira-kira 80 buah lori balak dalam jangka masa satu malam melalui jalan dari Gua Musang ke Pahang.

"Jika benar adanya lori yang lalu di situ membawa balak dan Sazmi menyaksikannya, kenapa beliau tidak membuat laporan polis serta-merta dan mengarahkan jabatannya menahan lori-lori terbabit sebagai bukti.

"Dakwaan ini sengaja direka oleh beliau untuk memburuk-burukkan kerajan Kelantan.Lojikkan dari jam 12.00 malam hingga 1.00 pagi 80 buah lori lalu di kawasan itu serentak dan beliau boleh menyaksikan untuk mengiranya?," kata Dato kamarudin.

Justeru beliau menyeru kepada rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas berunsur fitnah yang dilontar Sazmi di Dewan Rakyat hari ini.

Sambil menyifatkan Sazmi hilang modal politik beliau mahu Sazmi menyatakan status kononnya kerajaan ada bukti untuk membuat pendakwaan ke atas syarikat dan mereka yang terbabit dengan pembalakan itu.

Kokok berderai-derai, ekor penuh tahi?

Ada seorang penulis yang sangat suka menulis. Namanya Sayuti Omar. Walaupun ada juga yang suka tulisannya, ada pula yang menyimpulkan, "bahasa(nya) tunggang langgang macam bangla....".

Ada pula yang lebih lantang menegur penulis itu, "Al Sayuti... gambar kau dalam ni mcm orang tak mandi berbulan-bulan. Macam orang sakit tenat pon ada. Macam orang wayar putuih pon ada. Betul lah kata orang perwatakan seseorang dapat dibaca dari rupa bentuk fizikalnya".

Paling menarik ada yang bertanya, "bukankah kita tahu, dia ini adalah pelacur penulisan? yang menulis kerana ongkos. dan bukan menulis kerana perjuangan?"

Soalnya, mengapa dia dipanggil pelacur penulisan, menulis kerana ongkos dan bukan menulis kerana perjuangan? Apa sebenarnya yang dilakukan Sayuti?

Sayuti memang hebat. Mengkritik dan mendedahkan bagaikan lauk dan ulam kepadanya. Dia juga berani. Jangan cuba membantah kehendak hatinya kalau tidak mahu dibelasah setengah nyawa!

Memang dia berani dan lantang menghentam dan membuat pendedahan. Namun, watak ini sangat mengelirukan.

Lebih mengerikan ialah pendedahan dari AMLG (Adakah AMLG blogger yang mengendalikan Cuit Sikit? Tidak pernah pula beliau menafikan memberikan komen itu). Menurut AMLG, "banyak rahsia Pas dijual (oleh Sayuti) kepada Dato' Man Desa (Setiausaha Politik Perdana Menteri)".

Tuduhan itu mungkin benar dan mungkin fitnah semata-mata. Tetapi oleh kerana Sayuti sering dilihat bersama-sama para pemimpin tertinggi PAS dan rajin pula mencicah daging mereka, ramai ahli PAS yang mahu beliau membuktikan dengan cara yang ditetapkan oleh Islam bahawa:
Pertama:

Beliau bukan pelacur penulisan.

Kedua:

Beliau tidak pernah menulis kerana upah yang diberikan oleh mana-mana pemimpin dan tokoh Umno dan kerajaan Barisan Naional.

Ketiga:

Beliau tidak pernah memberikan sebarang maklumat mengenai PAS kepada mana-mana pemimpin Umno dan kemudian mendapat habuan atau upah setelah memberikan maklumat tersebut.
Oleh kerana Sayuti pakar mencicah daging kawan, beliau perlu membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang bersih. Tidak elok kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!