Friday, April 4, 2008

Kokok berderai-derai, ekor penuh tahi?

Ada seorang penulis yang sangat suka menulis. Namanya Sayuti Omar. Walaupun ada juga yang suka tulisannya, ada pula yang menyimpulkan, "bahasa(nya) tunggang langgang macam bangla....".

Ada pula yang lebih lantang menegur penulis itu, "Al Sayuti... gambar kau dalam ni mcm orang tak mandi berbulan-bulan. Macam orang sakit tenat pon ada. Macam orang wayar putuih pon ada. Betul lah kata orang perwatakan seseorang dapat dibaca dari rupa bentuk fizikalnya".

Paling menarik ada yang bertanya, "bukankah kita tahu, dia ini adalah pelacur penulisan? yang menulis kerana ongkos. dan bukan menulis kerana perjuangan?"

Soalnya, mengapa dia dipanggil pelacur penulisan, menulis kerana ongkos dan bukan menulis kerana perjuangan? Apa sebenarnya yang dilakukan Sayuti?

Sayuti memang hebat. Mengkritik dan mendedahkan bagaikan lauk dan ulam kepadanya. Dia juga berani. Jangan cuba membantah kehendak hatinya kalau tidak mahu dibelasah setengah nyawa!

Memang dia berani dan lantang menghentam dan membuat pendedahan. Namun, watak ini sangat mengelirukan.

Lebih mengerikan ialah pendedahan dari AMLG (Adakah AMLG blogger yang mengendalikan Cuit Sikit? Tidak pernah pula beliau menafikan memberikan komen itu). Menurut AMLG, "banyak rahsia Pas dijual (oleh Sayuti) kepada Dato' Man Desa (Setiausaha Politik Perdana Menteri)".

Tuduhan itu mungkin benar dan mungkin fitnah semata-mata. Tetapi oleh kerana Sayuti sering dilihat bersama-sama para pemimpin tertinggi PAS dan rajin pula mencicah daging mereka, ramai ahli PAS yang mahu beliau membuktikan dengan cara yang ditetapkan oleh Islam bahawa:
Pertama:

Beliau bukan pelacur penulisan.

Kedua:

Beliau tidak pernah menulis kerana upah yang diberikan oleh mana-mana pemimpin dan tokoh Umno dan kerajaan Barisan Naional.

Ketiga:

Beliau tidak pernah memberikan sebarang maklumat mengenai PAS kepada mana-mana pemimpin Umno dan kemudian mendapat habuan atau upah setelah memberikan maklumat tersebut.
Oleh kerana Sayuti pakar mencicah daging kawan, beliau perlu membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang bersih. Tidak elok kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!

No comments: