Friday, April 4, 2008

Sazmi bohong lagi, kali ini di Dewan Rakyat

Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Paduka Sazmi Miah berbohong lagi dalam isu pembalakan tanah tinggi Lojing tetapi kali ini di Dewan Rakyat pula.

Menurut Ahli Parlimen Tumpat, Dato Kamarudin Jaffar, Sazmi sendiri sebenarnya gagal dalam menjalankan tugasnya dalam menjaga isu-isu alam sekitar dengan membiarkan banyak kawasan terus digondolkan untuk tujuan pembalakan.

Sazmi dikatakan hanya menimbulkan isu Lojing di Kelantan untuk memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan, sedangkan dakwaan yang dibuat itu hanyalah permainan politiknya menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Kamarudin dalam Harakahdaily.net.

Kenyataan Sazmi di Dewan Rakyat hari ini mengenai dakwaan kerajaan Kelantan memberi hak kepada pelbagai syarikat dalam dan luar untuk membalak di 25,000 hektar Tanah Tinggi Lojing.

Setiausaha Parlimen itu mendakwa melihat kira-kira 80 buah lori balak dalam jangka masa satu malam melalui jalan dari Gua Musang ke Pahang.

"Jika benar adanya lori yang lalu di situ membawa balak dan Sazmi menyaksikannya, kenapa beliau tidak membuat laporan polis serta-merta dan mengarahkan jabatannya menahan lori-lori terbabit sebagai bukti.

"Dakwaan ini sengaja direka oleh beliau untuk memburuk-burukkan kerajan Kelantan.Lojikkan dari jam 12.00 malam hingga 1.00 pagi 80 buah lori lalu di kawasan itu serentak dan beliau boleh menyaksikan untuk mengiranya?," kata Dato kamarudin.

Justeru beliau menyeru kepada rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas berunsur fitnah yang dilontar Sazmi di Dewan Rakyat hari ini.

Sambil menyifatkan Sazmi hilang modal politik beliau mahu Sazmi menyatakan status kononnya kerajaan ada bukti untuk membuat pendakwaan ke atas syarikat dan mereka yang terbabit dengan pembalakan itu.

No comments: